TESTIMONI

Menguruskan tanaman durian muda adalah tugas yang mencabar
Pembajaan betul bagi menggalakkan pertumbuhan

Menguruskan tanaman durian muda merupakan tugas yang mencabar. Sekiranya tugas harian merawat serta mengurus tanaman tidak dilakukan dengan baik, mungkin perkara buruk akan berlaku seperti tanaman muda akhirnya akan mati, masa dan usaha yang diluangkan akan menjadi sia-sia. Sky Song, yang menguruskan kebun durian seluas 9 ekar di Lurah Bilut,Pahang adalah seorang pekebun durian yang pernah menghadapi masalah seperti ini.

Sky Song (kiri) adalah pengguna setia produk AgroBridge. Selain itu, beliau juga adalah satu-satunya peladang yang dapat menamakan lebih daripada 10 produk AgroBridge dengan tepat.

Sky memberitahu bahawa pokok durian lama di kebunnya sering rosak akibat angin kencang, menyebabkannya membengkok dan patah. Oleh sebab itu, ruang kosong perlu diisi semula dengan tanaman baru. Namun oleh kerana keadaan geografi, tanaman muda ini tidak mencapai kadar pertumbuhan yang ideal. Sebagai contoh, beliau menjelaskan bahawa tanaman muda yang ditanam semula kurang menerima pancaran matahari kerana pohon-pohon yang lebih tinggi akan membayangi tanaman baru lalu menyebabkan pembesarannya menjadi lebih lambat dari tanaman yang ditanam di ruang tanah terbuka. Selain itu, melalui pengalamannya, beliau mendapati bahawa tanaman yang berusia kurang dari 3 tahun adalah lebih terdedah kepada kerosakan akibat haiwan perosak dan penyakit.

Bagi memastikan pertumbuhan tanaman muda berada dalam keadaan kesihatan yang optimum, Sky memilih untuk menggunakan Complex Yellow Special 15-15-6-4 produk AgroBridge (M) Sdn Bhd. Dengan menggunakan produk ini, tanaman muda di kebunnya mencapai pertumbuhan yang optimum, daunnya berwarna hijau serta lebar dan buah mula tumbuh dalam jangka waktu yang singkat. Pada masa yang sama, beliau juga tidak mengabaikan penjagaan pokoknya yang lebih tua. Sky juga menggunakan produk-produk lain di pelbagai peringkat pembesaran tanaman, seperti semasa fasa pembungaan dan pembuahan serta dalam amalan pengurusan pembajaan hariannya. Untuk baja daun, beliau menggunakan Wuxal Calcium, Ascofol, Boron, P45, Mircoplant, Asid Fulvik dan K40. Untuk baja tanah pula, beliau menggunakan Complex Green Special 15-15-15 + 5CaO + 6S, Innotec 12-12-17-2 + 8S, Innotec K12-6-24-2 + 3CaO dan produk baja premium AgroBridge yang lain.

Sepanjang penggunaan baja AgroBridge bertahun lamanya, beliau mendapati bahawa hanya produk AgroBridge sahaja yang berkualiti tinggi dan dapat memberikan hasil yang berkesan. Oleh sebab itu, Sky kini telah menjadi pengguna setia produk AgroBridge dan merupakan satu-satunya rakan peladang yang dapat menamakan lebih daripada 10 produk AgroBridge dengan tepat. Sky juga bersetuju bahawa produk berkualiti tinggi dari AgroBridge sangat berkesan meningkatkan pertumbuhan tanaman. Salah satu testimoninya adalah peningkatan hasil Musang King beliau di mana kuantiti dan struktur buahnya menjadi lebih baik berbanding dengan hasilnya yang lepas. Beliau juga telah menuai sebiji buah Musang King seberat 5 kg yang telah mengejutkan pasaran tempatan. Yang paling utama, Sky telah berjaya mencapai penghasilan buah yang banyak. Berdasarkan pemerhatian sumber, dianggarkan bahawa beliau akan mengalami kitaran penuaian sekali lagi pada akhir tahun ini. Berdasarkan pengalamannya, adalah tidak berbaloi untuk beralih menggunakan produk baja yang lain tanpa pengetahuan yang mendalam tentang kualiti produk itu terlebih dahulu. Oleh yang demikian, beliau memilih untuk kekal menggunakan baja AgroBridge bagi jangka masa yang lebih lama dan kini telah berjaya mencapai hasil seperti yang dinyatakan di atas.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.