TESTIMONI

Baja butir digabungkan dengan baja foliar
Saluran paip berganda untuk menggalakkan pengeluaran durian

Jika kebun durian di sekeliling anda mempunyai hasil tuaian yang memberangsangkan kecuali kebun anda sendiri, anda pasti akan berasa kecewa. Salah seorang daripadanya ialah Robert yang menguruskan kebun duriannya yang berkeluasan sekitar 6 ekar di Kampung Cinta Manis, Pahang.

Robert (dua dari kiri) pernah menghadapi masalah dengan pengeluaran durian yang rendah. Dia bernasib baik kerana Mark (pertama dari kiri) dan Alwyn (pertama dari kanan), teknikal eksekutif dari AgroBridge (M) Sdn Bhd membantunya dan berjaya mendapat hasil yang bagus dan selainnya adalah dua orang pekerja Robert.

Variati durian yang ditanam Robert ialah Musang King dan D24, dan pokok-pokok ini berumur antara 10 hingga 30 tahun. Beliau mengaku sebelum ini beliau pernah menghadapi masalah seperti pengeluaran durian yang tidak memberangsangkan dan kualiti durian yang tidak baik. Situasi ini menyebabkan beliau telah terlepas banyak peluang yang baik untuk menjana pendapatan apabila harga durian, terutamanya Musang King, menjadi tinggi. Untuk memperbaiki keadaan ini, beliau memutuskan untuk meminta nasihat dari seorang pengedar tempatan dan teknikal esekutif dari AgroBridge, Alwyn.

Menurut pemerhatiannya di kebun durian Robert, beliau mendapati banyak pokok durian mengalami masalah kanker yang serius. Perlu diketahui sekiranya pokok durian tidak dapat membesar secara normal akibat penyakit, sebarang teknik penanaman yang diterapkan pada pokok durian akan menjadi sia-sia. Bagi menambah baik operasi pembajaan Robert, masalah yang disebabkan oleh penyakit itu mesti dihapuskan.

 

Pembajaan bergantung pada iklim

Robert telah dinasihatkan untuk menggunakan program pembajaan durian dari AgroBridge (M) Sdn Bhd. Pertama, semasa tempoh berbunga, Robert menggunakan Innotec 12-12-17-2-8S+TE di atas tanah. Beliau juga menggunakan baja foliar WUXAL P45 dan Boron pada masa yang sama untuk memudahkan pembungaan. Seterusnya, semasa tempoh berbuah, baja Innotec K 12-6-24-2+TE digunakan untuk meningkatkan berat dan kualiti buah. Untuk baja foliar, Wuxal K40 dipilih khas untuk digunakan bersama Wuxal Microplant bagi meningkatkan lagi pertumbuhan dan kualiti buah.

Selepas penambahbaikan pengurusan pembajaan, kebun durian Robert kini penuh dengan buah dan hasilnya meningkat dengan ketara. Selain mempelajari kepentingan baja berkualiti tinggi, Robert juga menyedari bahawa pembajaan bukanlah sesuatu perkara yang mudah. Beliau perlu membaja mengikut cuaca bagi memastikan pokok duriannya mendapat nutrisi yang cukup. Hanya dengan melakukan ini, dia boleh mengelakkan usahanya daripada menjadi siasia. Beliau juga menegaskan hanya melalui program pembajaan yang betul, dan cuaca yang sesuai, baru semua ini boleh dicapai. Semua perkara dan syarat ini penting untuk mencapai hasil yang diinginkan.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.