TESTIMONI
Kurangnya Pengurusan Menyebabkan Kebun Menjadi Terbiar
Memperbaiki Campuran Baja Untuk Menggalakkan Pertumbuhan Pokok Yang Kuat Dan Daun Yang Hijau
Kesan daripada wabak Covid-19 yang baharu ini amat mendalam, dan ia sedikit sebanyak telah mengubah pembangunan pertanian domestik di Malaysia secara tidak langsung.
Roy Lee (tiga dari kiri) mengetuai orang ramai melawat kebun durian. Dalam masa beberapa bulan sahaja, keadaan pokok-pokoknya bertambah lebih baik. Bersama-samanya dari sebelah kiri ialah Alvis, Lee Sheng Hong (12 tahun), Derick, staf teknikal daripada Agrobridge Sdn. Bhd. Alwyn, dan Mark.
Kesan daripada wabak Covid-19 yang baharu ini amat mendalam, dan ia sedikit sebanyak telah mengubah pembangunan pertanian domestik di Malaysia secara tidak langsung. Roy Lee yang pada asalnya terlibat dalam perniagaan perabot, beralih kepada penanaman durian kerana pelaksanaan PKP. Sebenarnya, Roy Lee telah pun membeli sebidang kebun durian yang berkeluasan kira-kira 6 ekar di Sungai Dua, Pahang. Namun kerana kesibukan dalam perniagaan beliau, beliau tidak mempunyai waktu untuk mengurus kebun tersebut dan akhirnya kebun itu terbiar untuk waktu yang lama. Keadaan ini tidak bertambah baik sehinggalah beliau meluangkan waktu dalam penanaman durian semasa PKP dilaksanakan. Terdapat pokok Musang King yang berusia 4 hingga 5 tahun yang ditanam di kebun itu. Pada awalnya, persekitaran pertumbuhan asal yang tidak sesuai dan keadaan pokok yang tidak bagus membuat Roy Lee yang tidak mempunyai pengalaman menanam durian berasa kecewa. Mujurlah beliau dibantu oleh pengedar tempatan, Mark, serta Alwyn, teknikal eksekutif dari AgroBridge (M) Sdn Bhd dan akhirnya beliau berhasil memulihkan keadaan.
Keadaan pokok telah bertambah baik dalam beberapa bulan sahaja
Pada bulan Oktober 2020, pengurusan kebun durian telah ditambah baik. Hanya dalam beberapa bulan, setiap satu pokok durian bertumbuh dengan lebih subur dan perkembanganya boleh dilihat dengan ketara. Formula baja yang diguna oleh Roy Lee datang daripada AgroBridge (M) Sdn Bhd. Baja-baja ini termasuk AgroBridge 15-15-6-4, Innotec 12-12-17-2-8S, Bonica dan Wuxal Ascofol.
Di samping itu, AgroBridge 15-15-6-4 digunakan untuk pokok kecil yang berumur kurang daripada 3 tahun. Baja ini berkesan untuk menggalakkan pertumbuhan daun yang hijau dan besar dan boleh mekar dan berbuah dalam jangka masa yang singkat. Selepas itu, baja itu boleh ditukar kepada Complex Green Special 15-15-15-5CaO-6S (setiap kali 2kg). Pada masa yang sama, beliau juga menegaskan bahawa penggunaan Bonica tidak boleh diabaikan. Formula Bonica membantu dalam pertumbuhan daun hijau, dan dos yang digunakan ialah 200gram setiap 10 hari.
Mengenai baja foliar, Roy Lee mengambil nasihat dan menyembur Wuxal Ascofol (20ml/20L air) supaya ia boleh menahan cuaca ekstrem dan meningkatkan ketahanan tekanan pokok durian. Hanya beberapa bulan selepas menggunakan baja import berkualiti tinggi dari AgroBridge, kebanyakan pokok durian Roy Lee bertumbuh dengan lebih besar dan lebat. Dengan keadaan pokok yang seperti ini, tidak lama lagi beliau pasti akan menuai hasil yang banyak.
PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?
Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.










