TESTIMONI

Peningkatan pembentukan buah dan hasil tinggi
Penanam durian di Karak menuai hasil terbaik

Setelah mengambil alih kebun durian bapanya sebagai peladang muda, Su Jing Xiang mencari bimbingan bagi mempelajari teknik penanaman dari komuniti peladang. Kemudian, beliau dapat membentuk satu set amalan pengurusan duriannya sendiri dan berjaya mendapat hasil tuaian yang tinggi dan berkualiti tinggi.

Su Jing Xiang (kiri) mendapat pulangan hasil tinggi setelah beralih menggunakan produk baja AgroBridge dan pengeluaran hasil tersebut berterusan selama bertahun-tahun. Ia juga menambah kekerapan  kitaran pembungaan dan pembuahan, membuatkan beliau menjadi terlalu sibuk sehingga beliau tidak dapat mengambil masa rehat ketika Cuti Tahun Baru Cina. Di sebelah kanan adalah pekerja AgroBridge, Alwyn Au.

Dusun Su Jing Xiang terletak di Karak Batu 19 mempunyai tanah seluas 12 ekar ditanam dengan beberapa jenis tanaman durian, kebanyakannya adalah Musang King dan tanaman D24 sebanyak 50 batang pokok. Tanamannya secara purata berusia 51 tahun dan telah ditanam sejak tahun 1969. Beliau memberitahu oleh kerana amalan pengurusan baja yang betul, saiz kelebaran daun di setiap pokok adalah luas, lebat dan sihat serta pokok tumbuh dengan subur. Hasil buahnya sangat tinggi, dan kini beliau telah menikmati hasil yang banyak ini untuk tempoh beberapa tahun. Pembungaan dan pembuahan berlaku dengan kerap dan cepat, di mana ia memerlukan pemantauan dan penjagaan yang berterusan. Oleh yang demikian, beliau tidak dapat mengambil cuti dan terpaksa bekerja sepanjang cuti Perayaan Tahun Baru. Sepanjang tahun Su Jing Xiang dapat melakukan beberapa kitaran tuaian. Sebagai contoh, beliau menyatakan bahawa beliau mempunyai 4 kitaran penuaian antara Julai 2019 dan Julai 2020. Sumber kemudian mengetahui dengan lebih lanjut bahawa beliau kerap rajin membuang buah-buah yang tidak terbentuk dengan baik namun masih berjaya memperoleh hasil yang tinggi walaupun mempraktikkan amalan membuang buah yang tidak terbentuk sempurna.

 

Rajin menggunakan baja yang sesuai

Beliau menjelaskan bahawa pencapaian hasil yang sangat baik ini adalah kerana penggunaan baja yang betul. Baja utamanya adalah baja dari AgroBridge (M) Sdn Bhd. Beliau menggunakan Innotec 12-12-17-2-8S yang diimport oleh AgroBridge untuk menggalakkan pembungaan dan pembuahan. Semasa peringkat pembentukan buah, Innotec K12-6-24-2-3CaO digunakan untuk meningkatkan berat dan kualiti buah. Beliau juga turut menggunakan AgroBridge’s Complex Green Special 15-15-15-5CaO + 6S dan Complex Yellow Special 15-15-6-4 dalam program pembajaannya.

Bagi memastikan tanaman durian mendapat nutrien yang mencukupi, semburan baja daun adalah amat penting. Ia termasuklah dengan menggunakan Wuxal Boron sebelum pembungaan dan menggunakan Wuxal Calcium selepas tunas mula terbentuk bagi meningkatkan ketebalan kulit buah. Selain itu, beliau juga menggunakan Wuxal Ascofol, baja ampai rumpai laut semulajadi yang sangat pekat untuk meningkatkan rasa buah. Beliau memuji dan berkata bahawa produk AgroBridge adalah produk berkualiti tinggi. Selain produk baja yang telah disebut di atas, beliau juga menggunakan Boron, P45, Microplant, Asid Fulvik, K40 dll bagi tempoh jangka masa panjang kerana kesan perelokan yang dapat diberikan kepada tanaman.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.