TESTIMONI

Pokok durian bertambah kuat dalam masa 1.5 tahun
Bapa dan anak mencipta rekod penuaian yang luar biasa

Seorang bapa dan anak membanting tulang di ladang durian, dari permulaan yang jahil sehingga dapat menguasai teknik yang baik bagi penuaian yang ideal.

Sehingga kini, mereka masih menggunakan proses penambahbaikan berterusan untuk membawa amalan pengurusan baja ke tahap berikutnya.

Peng Shao Rong dan anak lelakinya, Peng Wei Jian, berasal dari ibu kota Kuala Lumpur. Oleh kerana minat mendalam mereka terhadap durian, 1.5 tahun yang lalu mereka memutuskan untuk mengambil alih kebun durian seluas 10 ekar yang terletak di Karak Batu 18.

40% hingga 50% kebun ditanam dengan pokok durian tempatan berumur sekitar 30 hingga 40 tahun, termasuk D24, Musang King, Tracka dan lain-lain.

Peng Shao Reng menjelaskan bahawa ketika beliau mengambil alih kebun, keadaan pokok durian adalah sangat lemah. Selain itu, daun-daunnya tumbuh jarang serta terdapat banyak kerosakan yang disebabkan oleh haiwan perosak. Pasangan anak-beranak ini telah berusaha keras dan menjaga rapi tanaman durian bagi memastikan pokok-pokok durian mereka  kembali dalam keadaan sihat.

Salah satu faktor yang menyumbang kepada kejayaan mereka menghidupkan semula pokok-pokok ini adalah mereka menggunakan baja kompleks AgroBridge yang diimport Eropah, Innotec 12-12-17-2. Produk ini memberi hasil yang signifikan dan merupakan salah satu baja utama mereka.

 

Rekod penuaian yang menarik perhatian

Menurut pengalaman mereka dalam penggunaan produk baja ini, mereka menuai hasil terakhir bermula dari Disember 2018 sehingga Februari 2019. Terutamanya pada pertengahan Januari tahun ini, tuaian harian boleh mencapai 1 hingga 1.5 tan dan rekod tuaian ini mampu bertahan selama 2 minggu.

“Ini adalah rekod penuaian terbaik kami setakat ini dan telah menjadi tumpuan masyarakat sekitar bandar ini,” kata senior Peng.

Sejurus selepas waktu penuaian, fasa pembungaan bermula semula tanpa dijangka pada awal pertengahan Februari. Beliau mengakui ini adalah kerana penggunaan baja premium dalam jangka panjang serta dilengkapi dengan iklim optimum, menyebabkan pertumbuhan pokok yang sihat, pertumbuhan daun hijau segar dan peralihan semula jadi kepada fasa pembungaan.

Peng menggunakan produk baja Innotec 12-12-17-2 dan Innotec 12-6-24-2-3CaO. Innotec 12-12-17-2 digunakan semasa peringkat pembungaan, 2.5kg hingga 3kg untuk setiap tanaman; Innotec 12-6-24-2-3CaO digunakan semasa peringkat pembuahan, pada kadar 2.5kg hingga 3kg untuk setiap tanaman.

Selain itu, pasangan bapa dan anak juga menggunakan Wuxal Microplant, Wuxal Ascofol dan Wuxal Boron. Wuxal Microplant digunakan selepas penuaian sebagai pembajaan permukaand, setiap 2 hingga 3 minggu sekali dengan jumlah 20ml hingga 30ml yang dicampurkan bersama 20 liter air; Wuxal Ascofol memberikan daya ketahanan ketika cuaca buruk; sementara Wuxal Boron digunakan semasa peringkat pembungaan.

Wuxal Ascofol dan Wuxal Boron boleh digunakan secara bersilih ganti, 2 minggu sekali dengan jumlah 20ml hingga 30ml dicampurkan bersama 20 liter air.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.