TESTIMONI

Pilih untuk guna formula baja durian premium
Tidak terkesan dengan impak cuaca buruk

Keadaan iklim yang tidak sesuai akan memberi kesan serius pada buah durian yang menyebabkan hasil berkurangan dan kualiti menurun. Namun, menurut Richard dan Ah Cheng, yang memiliki kebun durian seluas 10 ekar di Karak Batu 19 di Pahang, selagi tugas di dusun dikendalikan dengan baik, impak cuaca buruk dapat dikurangkan.

Selagi tugas di kebun dikendalikan dengan baik, impak iklim buruk dapat dikurangkan apabila amalan pengurusan pembajaan dipertingkatkan, seperti yang diakui oleh Ah Cheng (satu dari kiri) dan Richard (tengah). Di sebelah kiri adalah pekerja AgroBridge Alwyn Au.

Pokok-pokok di dusun mereka rata-rata berusia sekitar 20 tahun. Sebahagian dari kebun ditanam dengan 80 batang pokok Musang King, sementara selebihnya ditanam dengan D24, varieti Kampung dan Tekka. Varieti durian Kampung ditanam lebih banyak di antara ketiga jenis durian ini.

Walaupun varieti durian Musang King memiliki permintaan yang lebih tinggi dibandingkan durian yang lain, pasangan duo ini tidak mempunyai rancangan untuk mengkhususkan hanya pada jenis ini sahaja kerana mereka yakin bahawa varieti yang lain turut memiliki potensi pasaran mereka tersendiri. Memberi satu contoh, beliau memberitahu bahawa hasil tuaian terbaharunya menunjukkan hasil durian Tekka adalah lebih tinggi dan margin harganya setinggi RM20 per kg, setara dengan durian Musang King Gred B. Oleh itu, beliau yakin bahawa jenis durian lain juga perlu diberi perhatian.

Pada asasnya, mereka telah mempunyai satu kitaran tuaian pada bulan Mei, kemudiaan diikuti oleh satu lagi kitaran tuaian pada bulan Julai. Ketika lawatan sumber, tanaman durian di satu bahagian dusun mereka sudah mula menunjukkan tanda-tanda tunas dan berbunga. Bahagian dusun ini juga menunjukkan tanda-tanda tunas dan dipercayai akan melalui kitaran penuaian sekali lagi pada tahun 2020.

 

Penekanan terhadap pembajaan

Bagi pembajaan semasa fasa pembuahan, pasangan duo memilih untuk menggunakan Innotec 12-12-17-2 + 8S dan Innotec K12-6-24-2 + 3CaO yang berkualiti tinggi dari AgroBridge. Baja Innotec K12-6-24-2+3CaO digunakan setiap 2 bulan sekali sebanyak 2kg untuk setiap tanaman. Selain itu, mereka juga menggunakan baja import berkualiti AgroBridge 15-15-15 dan 15-15-6-4, Wuxal Calcium, Ascofol, Boron, P45, Microplant, Asi Fulvik dan K40.

Yang perlu diberi perhatian disini ialah penekanan mereka terhadap pembajaan yang mencukupi. Oleh sebab itu, setiap kali selepas penuaian, mereka akan secara proaktif menggunakan baja AgroBridge Bonica (boron plus) dan Complexsupra yang mempunyai kandungan mikronutrien yang tinggi untuk memenuhi keperluan nutrien tanaman durian sepenuhnya. Produk baja ini tidak dikhususkan untuk varieti durian yang hanya mendapat permintaan tinggi sahaja. Apabila produk premium AgroBridge ini digunakan pada jenis durian Kampung, tanaman ini juga akan menunjukkan hasil pertumbuhan yang subur serta daunnya menjadi sangat hijau dan sihat.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.