TESTIMONI

Petani sayur berpengalaman mengamalkan amalan pengurusan baja yang sesuai
Hasil tuaian harian bendi mencapai 1200kg

Dengan pengalaman luas beliau dalam bidang pengurusan pertanian, Wang Min Ping dapat menuai hingga 1200kg bendi per ekar sehari pada waktu puncak tuaian tanaman. Beliau menjelaskan bahawa pengurusan tanaman yang betul akan menentukan jangka masa penuaian. Selain daripada mempunyai kawalan haiwan perosak dan penyakit yang betul, pembajaan yang tepat juga penting.

Wang Min Ping (kanan) membawa wakil AgroBridge, Vincent, dalam lawatannya ke ladang untuk melihat hasil pengeluaran tinggi tanaman bendinya.

Petani sayur berpengalaman Wang Min Ping mempunyai ladang bendi seluas 6 ekar. Dengan pengalamannya dan amalan pengurusan baja yang sesuai, beliau dapat menuai hingga 1200kg bendi per ekar sehari ketika waktu puncak tuaian.

 

Pengurusan tanaman yang betul melanjutkan tempoh penuaian

Beliau menjelaskan bahawa beliau telah menuai selama lebih dari 3 bulan dan kini hampir memasuki tempoh akhir penuaian. Walaupun waktu puncak tuaian sudah berakhir, beliau masih dapat menuai 700kg hingga 800kg bendi per ekar sehari.

Sepanjang tahun, beliau akan menuai mengikut pusingan dimulai dengan bendi, diikuti dengan cili, terung, kacang panjang, timun, kiwano dan sayur-sayuran serta buah-buahan lain. Kini beliau telah memasuki tempoh tuaian ke-2 bendi. Berkongsi tentang amalan pertaniannya, beliau mengatakan apabila batas tanah telah disiapkan dan plastik penutup tanah diganti, beliau akan menanam dua pusingan bendi sebelum beralih menanam terung. Setelah cendawan dituai, plastik penutup tanah akan diganti dengan yang baru dan kemudian beliau akan menanam satu lagi pusingan bendi atau jenis tanaman lain.

Beliau menjelaskan bahawa bendi memerlukan 45 hari sebelum ia matang untuk dituai dan tempoh penuaian biasanya berlanjutan selama 4 bulan. Beliau menekankan bahawa pengurusan tanaman yang betul akan menentukan jangka masa penuaian. Selain mempunyai kawalan haiwan perosak & penyakit yang betul, pembajaan yang tepat juga penting. Beliau memilih untuk menggunakan baja berkualiti premium AgroBridge, yang diedarkan oleh AgroBridge (Malaysia) Sdn Bhd, bagi membekalkan tanaman dengan nutrien yang diperlukan.

Antara produk yang digunakan ialah formula baja AgroBridge 16-16-16 dan AgroBridge Bonica. AgroBridge 16-16-16 adalah baja cepat larut yang dapat meningkatkan saiz pokok dan pertumbuhan daun hijau; AgroBridge Bonica tinggi kalsium dan nitrogen dapat meningkatkan penyerapan nutrien tumbuhan. Penggunaan kedua-dua produk ini dapat menggalakkan pertumbuhan daun yang lebih tebal dan mengurangkan kerosakan yang disebabkan oleh haiwan perosak dan penyakit.

 

Kadar penguraian baja yang lebih lama membantu menjimatkan kos

Wang menjelaskan bahawa kaedah pembajaan ini menyebabkan tanaman bendinya tumbuh dengan sihat dan membantu meningkatkan kualiti serta hasil tanaman. Tambahan pula, kadar penguraian baja yang lebih lama memberikan penjimatan kepada kos baja kerana kini beliau hanya perlu memberi baja setiap 2 minggu sekali berbanding seminggu sekali sebelumnya.

Pada masa yang sama, beliau juga menggunakan produk AgroBridge yang lain, Wuxal Fulvic (asid fulvik) untuk meningkatkan kualiti tanah, meningkatkan kandungan organik dengan berkesan dan meneutralkan tahap keasidan tanah. Ia akan membekalkan tanaman dengan keadaan tanah yang optimum bagi meningkatkan penyerapan nutrien.

Selain pelbagai sayur-sayuran, ladang Wang seluas 40 ekar di Slim River, Perak, juga ditanam dengan pelbagai jenis buah, termasuk kebun jambu batu seluas 6 ekar. Tanpa mengira jenis tanaman, beliau menjelaskan bahawa adalah penting untuk mempunyai harga pasaran yang baik ketika waktu tuaian. Jika tidak, hasil pengeluaran tinggi tanaman mungkin tidak dapat memberi pulangan yang setimpal. Seperti pada waktu tuaian yang lepas, margin harga kekal berada dalam lingkungan antara RM1.50 dan RM2.50. Namun, kini menjelang akhir masa tuaian, harganya melonjak menjadi RM4.50 dan dia hanya mampu berserah.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.