TESTIMONI

Petani beralih ke baja import premium
Kadar kejayaan pembungaan kelapa pandan wangi meningkat kepada 70%

Beberapa tahun yang lalu, produk baja yang digunakan oleh Wen Yang Li, seorang petani di Pulau Pinang, tidak berkesan. Hasilnya, pengeluaran serta kualiti kelapa pandan wanginya tidak memberi hasil yang dijangkakan. Setelah beliau beralih ke produk baja berkualiti premium yang diimport, hasil pengeluaran kelapa pandan wanginya semakin meningkat. Beliau berpuas hati dengan hasil tersebut, terutamanya dengan peningkatan kadar kejayaan pembungaan dari 50% kepada 70%.

Dengan kawalan suhu yang sesuai, Wen Yang Li menggunakan produk yang berfungsi bagi meningkatkan pembungaan dan berjaya meningkatkan kadar kejayaan pembungaan kelapa pandan wangi kepada 70%.

Penanaman kelapa pandan wangi mudah diurus dan hasil buahnya dapat menjana pulangan yang lumayan. Atas sebab ini juga, dapat dilihat terdapat peningkatan bilangan petani yang menceburi bidang penanaman buah ini. Namun begitu, sekiranya proses pembajaan tidak dikendalikan dengan baik, para petani juga bakal berhadapan dengan beberapa cabaran yang akan menyebabkan kerugian.

 

Pernah berhadapan dengan isu kadar kejayaan pembungaan rendah

Wen Yang Li merupakan seorang petani kelapa pandan wangi dari Sungai Ara, Pulau Pinang, yang menceritakan kisah bagaimana beliau pada awalnya berhadapan dengan situasi kadar kejayaan pembungaan rendah akibat kekurangan nutrien yang mempengaruhi hasil pengeluaran tanamannya. Keadaan ini berlanjutan sehingga beliau beralih kepada penggunaan baja premium yang diimport dan beliau telah menyaksikan peningkatan sejak penggunaan baja tersebut.

Ujar beliau lagi, kadar kejayaan terkini pembungaan pokok kelapa pandan wanginya telah meningkat dari 50% kepada 70%. Berdasarkan pemerhatiannya, beliau yakin bahawa kadar kejayaan pembungaan akan terus meningkat.

Beliau menjelaskan bahawa produk baja yang digunakannya beberapa tahun yang lalu tidak berkesan dan tidak dapat memberi hasil serta kualiti kelapa pandan wangi yang diinginkan. Sejak beralih kepada penggunaan produk baja premium yang diimport oleh AgroBridge Sdn Bhd, tanamannya menunjukkan peningkatan hasil keluaran serta kualiti, di mana beliau menyatakan kepuasannya di atas pencapaian tersebut.

 

Diformulasikan dengan fungsi peningkatan pembungaan

Produk yang digunakan Wen ialah AgroBridge 12-12-17-2. Beliau menjelaskan bahawa ianya diformulasikan dengan fungsi peningkatan pembungaan dan dengan iklim yang optimum, beliau dapat melihat peningkatan pembungaan lebih dari 20%, yang juga menyebabkan peningkatan hasil buah. Kebiasaannya, penggunaan baja sebanyak 2kg hingga 3kg bakal membekalkan nutrient mencukupi yang diperlukan oleh tanaman kelapa pandan wangi.

Tanaman kelapa memerlukan kalium yang lebih tinggi apabila tanaman ini mencapai tahap pertumbuhan tertentu. Oleh itu, dengan membekalkan tanaman dengan baja yang sesuai ia dapat menjamin penghasilan buah yang berkualiti. Oleh yang demikian, Wen akan menggunakan AgroBridge 12-12-17-2 dan Complex Purple Special 15-5-20-2-8S semasa peringkat pembungaan dan pembuahan pokok kelapa pandan wangi. Pada kebiasaannya, apabila tanaman kelapa pandan wangi berjaya melakukan pendebungaan, proses pembajaan dapat dimulakan dengan menggunakan sebanyak 3kg baja pada tanah. Wen menjelaskan bahawa formula berkesan produk ini membantu mendorong pertumbuhan buah-buahan, menghasilkan berat serta saiz yang lebih baik. Pada masa yang sama, jus kelapa itu manis dan segar, memenuhi standard pasaran yang diharapkan.

Beliau juga menjelaskan bahawa sejak beliau beralih menggunakan produk ini, kelapa pandan wanginya telah mendapat sambutan yang menggalakkan dalam pasaran dan telah menerima banyak permintaan dari penuai buah supaya meningkatkan pengeluarannya. Walau bagaimanapun, beliau bertegas hanya membenarkan pekerjanya menuai buah yang telah matang sahaja demi menjaga kualiti rasa kelapa pandan wangi.

Wen telah menanam lebih dari 1000 pokok kelapa pandan wangi di kebunnya dan pokoknya berusia sekitar 10 tahun. Beliau menjelaskan bahawa alasan mengapa beliau memilih penanaman kelapa wangi adalah kerana kitaran pengeluarannya yang panjang 20 hingga 30 tahun, faedah ekonomi yang tinggi serta lokasi geografi Pulau Pinang yang dikelilingi oleh laut menyediakan iklim yang optimum bagi penanaman varieti kelapa ini.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.