TESTIMONI

Penggunaan baja yang sesuai meningkatkan pertumbuhan pokok
mengeluarkan hasil yang tinggi

Pembangun harta tanah Zhang You Xiong mempunyai minat yang mendalam terhadap durian dan memutuskan untuk melabur di kebun durian. Namun, hasilnya tidak memuaskan berikutan pengalaman beliau yang kurang di dalam bidang pertanian serta pengurusan kebun yang tidak berkesan. Enggan menyerah kalah, beliau meminta bimbingan dari seorang pakar dan akhirnya menguasai teknik amalan pertanian dan pengurusan kebun, termasuk strategi penggunaan baja. Pokok durian akhirnya mula menunjukkan tanda pemulihan yang sihat dan pertumbuhan yang optimum. Pokok-pokok itu memasuki fasa pembungaan dan akhirnya menghasilkan buah yang banyak. Semenjak itu, hasil tanaman durian beliau terus meningkat.

Zhang You Xiong (paling kanan) mengetuai eksekutif kanan AgroBridge, Lin Yong Quan, dan eksekutif penjualan teknikal, Ou Da Ming, dalam lawatan mereka ke kebun duriannya dan berkongsi kegembiraannya untuk musim menuai yang akan datang.

Bagi meneruskan minatnya terhadap durian yang turut dikongsi bersama bapanya, pembangun harta tanah Zhang You Xiong membeli kebun durian seluas hampir 10 ekar sepuluh tahun yang lalu agar beliau dapat menikmati durian segar dan enak acap kali tibanya musim durian.

 

Pemulihan & pertumbuhan pokok durian secara beransur

Kebun Zhang yang terletak berhampiran Kampung Sang Lee di Raub, Pahang kini mempunyai 390 pokok dari pelbagai jenis durian. Antaranya ialah 200 pokok durian Musang King (D197) dan 150 pokok durian D24, sementara selebihnya terdiri daripada Tekka (D160), D2, 101 (D168), Black Thorn (D200), Durian Merah (D175) dan pelbagai varieti durian lain.

Pada tahun awal permulaan beliau menguruskan kebun, beliau menjelaskan bahawa pengalaman cetek beliau di dalam bidang pertanian serta pengurusan kebun yang tidak berkesan telah menyebabkan pengeluaran hasil yang buruk. Bukan sahaja jumlah hasil tuaian buah rendah, pokok-pokok durian juga berada dalam keadaan teruk dan mengalami gejala ulser. Keadaan ini berlanjutan sehingga tahun 2017 dan pada ketika itu, beliau bertemu dengan ejen produk pertanian yang mahir dalam bidang pengurusan tanaman. Hasil bimbingan ejen tersebut, keadaan kebun Zhang bertambah baik apabila Zhang secara beransur-ansur mempelajari teknik pertanian dan pengurusan kebun.

Zhang menjelaskan bahawa melalui bimbingan ejen yang menggunakan jenis baja serta teknik aplikasi yang betul, ulser pokok di kebunnya akhirnya berkurangan. Pada masa yang sama, penggunaan baja yang sesuai membolehkan pokok kembali pulih dan mencapai pertumbuhan optimum secara berkala, yang juga memperlihatkan peningkatan hasil tanaman. Zhang menggunakan baja butir (Innotec 12-12-17-2 dan Innotec K12-6-24-2 + 3CaO), baja cecair Wuxal Calcium dan Wuxal K40 (suspensi), semuanya diedarkan oleh AgroBridge (Malaysia) Sdn Bhd. Dia menjelaskan bahawa sejak menggunakan baja kompaun buatan Eropah dan baja cecair Wuxal buatan Jerman (suspensi), pokok-pokok menunjukkan pertumbuhan yang sihat, proses pembungaan & penghasilan buah yang aktif. Di mana ia menghasilkan jumlah tuaian buah yang banyak.

 

Pengurangan masa menunggu antara penuaian dan peringkat pembungaan seterusnya

Antara pascatuai dan peringkat pembungaan seterusnya, Zhang akan menggunakan Innotec 12-12-17-2 setiap bulan. Apabila buah muda mula terbentuk, beliau akan menggunakan Innotec potassium tinggi K12-6-24-2 + 3CaO dan menggunakannya setiap 1 hingga 1.5 bulan. Pada peringkat pembungaan, beliau akan menggunakan Wuxal Kalsium pada setiap 10-14 hari atau baja cecair Wuxal K40 (suspensi). Kandungan kalsium yang tinggi dalam Wuxal Kalsium dapat memperkuat dinding sel buah, mengurangkan pengguguran bunga, mencegah keretakan buah dan meningkatkan jangka hayat. Sebaliknya, Wuxal K40 menyumbang kepada peningkatan kualiti luaran buah durian, ketahanan terhadap penyakit, aroma, saiz buah, dan kualiti keseluruhan.

Beliau khusus menyatakan akibat kesihatan pokok yang buruk pada masa lalu, tempoh menunggu untuk penuaian seterusnya mungkin menjadi sangat panjang. Namun pada hari ini, pertumbuhan pokok adalah optimum dan secara konsisten menghasilkan hasil tanaman yang banyak. Sebagai contoh, setelah penuaian terakhir pada bulan Ogos / September, pokok-pokok durian memasuki fasa pembungaan dan menghasilkan buah-buahan muda dalam tempoh masa yang singkat, membolehkan penuaian hasil buah berikutnya dapat dilakukan pada bulan Disember.

Disebalik kemajuan dan kejayaannya dalam menguruskan kebun duriannya, Zhang dengan rendah diri menyatakan bahawa beliau masih berada dalam peringkat pembelajaran kerana menguruskan kebun durian telah terbukti merupakan satu tugas yang mencabar. Ia memerlukan seseorang dengan tekun membuat pusingan tinjauan di kebun dan memerhatikan setiap keadaan dengan teliti sehingga tindakan yang sesuai dapat dilakukan lebih awal dan jika perlu. Walaupun bagaimanapun, usaha kerasnya telah membuahkan hasil dan akan terus memberinya kepuasan penuh pada setiap musim tuaian durian.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.