TESTIMONI

Pembajaan yang sesuai menyebabkan pembungaan dan pembuahan
Penghasilan pomelo berkualiti bagi memenuhi permintaan bermusim

Petani bapa dan anak, You Zhao Shun dan Fang De, menguruskan kebun pomelo seluas 5 ekar. Oleh kerana buah pomelo atau buah limau bali merupakan buah bermusim, maka ia memerlukan pengurusan dan penjagaan yang cekap bagi membolehkan pembungaan dan pembuahan berlaku pada waktu yang tepat untuk memenuhi permintaan bermusim. Selain tugas harian seperti memotong daun, pembajaan yang sesuai juga memainkan peranan penting. Selain daripada pengeluaran pomelo yang tinggi, pemakanan tumbuhan yang mencukupi juga meningkatkan struktur serta aroma buah.

You Zhao Shun (kedua dari kiri) dan Fang De (tengah) menerima kunjungan pengurus wilayah AgroBridge, Lin Wei Cheng (pertama dari kiri) dan rakan-rakan petani ke kebun pomelo mereka untuk berkongsi pengalaman dalam proses pembajaan.

Dalam 10 tahun kebelakangan ini, Kampung Liang Seng telah menyaksikan peningkatan jumlah petani pomelo, memperlihat kepentingan negeri Perak dalam pengeluaran pomelo, berikutan kejayaan seperti yang dapat dilihat di Tambun dan Sungai Gedong.

 

Kepentingan memahami fasa pembungaan dan pembuahan

Petani tempatan bapa dan anak, You Zhao Shun dan Fang De, telah berkecimpung dalam pertanian pomelo sejak 10 tahun yang lalu. Mereka menguruskan kebun seluas 5 ekar yang menghasilkan pomelo berkualiti untuk memenuhi permintaan majlis perayaan seperti Perayaan Tahun Baru Cina dan Perayaan Pertengahan Musim Luruh. Fang De menjelaskan bahawa kebun itu mempunyai 150 tanaman pomelo dari varieti tempatan dengan isi putih yang manis. Seluas 3 ekar kebun mempunyai tanaman yang berumur 10 tahun sementara selebihnya dipenuhi dengan tanaman berusia 5 tahun.

Beliau menjelaskan bahawa varieti pomelo serupa dengan pomelo yang dihasilkan secara tempatan. Kebun di Kampung Liang Seng melalui proses penuaian hasil buah sebanyak 2 kali setahun. Oleh kerana buah ini dihasilkan untuk memenuhi permintaan pada waktu perayaan, seseorang itu harus memiliki pemahaman yang baik untuk mengatur proses pembungaan dan pembuahan. Bagi memastikan penuaian hasil buah tepat pada masanya untuk memenuhi permintaan Tahun Baru Cina, fasa pembungaan mesti berlaku pada bulan ke-7 dalam kalendar lunar dan seterusnya pada bulan ke-2 bagi memenuhi  permintaan Pertengahan Musim Luruh dengan tepat.

Beliau menyatakan bahawa perapian daun adalah merupakan salah satu tugas utama dalam menguruskan kebun pomelo. Ini bagi memastikan bahawa tanaman berada pada ketinggian dan struktur yang bersesuaian untuk memudahkan tugas lain seperti membubuh ubat & menyarung beg pada buah. Pada masa yang sama, ia membolehkan tanaman menjadi matang sepanjang fasa pembungaan dan pembuahan sehingga akhirnya dapat menghasilkan buah-buahan yang berkualiti.

Selain tekun melaksanakan tugas-tugas ini, adalah penting untuk mempunyai kaedah pembajaan yang sesuai. Berkenaan hal ini, Fang De menjelaskan bahawa dia akan menggunakan baja bebas klorida yang diimport dari Eropah iaitu Baja Complex Blue Special 12-12-17-2-9S edaran AgroBridge (Malaysia) Sdn Bhd, pada setiap bulan setelah perapian daun dilakukan, untuk hasil pembungaan dan pembuahan yang lebih baik. Selain itu, beliau akan menggunakan Bonica, baja ampaian berasaskan boron, untuk memastikan pertumbuhan bunga dan buah yang sihat selain mengurangkan keasidan di dalam tanah.

 

Pendedahan kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama mempengaruhi struktur luaran buah

Seperti yang dijelaskan oleh Fang De, setelah buah terbentuk, beliau akan menggunakan produk yang berbeza, iaitu formula AgroBridge Complex Purple Special 15-5-20-2-8S, untuk meningkatkan berat dan kualiti buah. Bagi menjamin penyerapan nutrien yang mencukupi oleh tanaman, beliau akan menggunakan baja daun tepat pada waktunya. Ini termasuk Wuxal Boron sebelum fasa pembungaan, Wuxal Calcium selepas tahap pematangan dan sehinggalah proses penyarungan kantung buah, dan Wuxal Ascofol ketika buah berada di dalam beg. Semua ini dilakukan bagi mencapai struktur dan aroma buah yang diinginkan.

Beliau menyatakan kepuasan atas hasil penggunaan produk baja AgroBridge pada tanamannya, yang diformulasikan dengan baik dan memberikan kesan pembuahan yang berterusan. Ini adalah sangat penting kerana tanaman memerlukan nutrien yang mencukup dalam penghasilan buah-buahan agar pokok berada dalam keadaan kesihatan yang optimum dan mempunyai daya tahan terhadap perosak dan penyakit.

Beliau menjelaskan bahawa trip, hama labah-labah, lalat buah dan ulat beluncas adalah antara perosak yang menimbulkan ancaman kepada tanaman. Oleh itu, penggunaan ubat-ubatan tepat pada masanya diperlukan sebagai sebahagian daripada langkah-langkah pengendalian haiwan perosak. Beliau turut menjelaskan bahawa setelah buah mencapai saiz sebesar penumbuk, buah-buahan harus dibalut dengan beg supaya terlindung dari kerosakan oleh serangga perosak dan selaran matahari akibat terdedah kepada cahaya matahari untuk tempoh yang lama yang akan mempengaruhi struktur luaran buah.

Beliau menyatakan bahawa proses tuaian hasil buah akan memakan masa selama 5 hingga 6 bulan dari saat mekar sehingga buah matang dan jumlah penuaian bergantung pada keadaan kesihatan tanaman. Tanaman berusia 10 tahun yang sihat akan membawa hasil sebanyak 300 buah pada satu-satu masa. Beliau menjelaskan lagi bahawa seiring dengan usia tanaman yang semakin meningkat, buah yang dihasilkan lebih aromatik manakala tanaman muda pula mempunyai saiz buah yang lebih besar.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.