TESTIMONI
Peladang dari Pulau Pinang tambah kuantiti pembajaan
Hasil dan kualiti mencapai pertumbuhan memberangsangkan
Setelah menambahbaik amalan pengurusan baja, Wen Yang Li, penanam durian dari Sungai Ara di Pulau Pinang berjaya meningkatkan hasilnya sebanyak 10%. Pada masa yang sama, kualiti juga bertambah baik dan mendapat sambutan baik dari pasaran.
Dengan pembajaan yang mencukupi, tanaman durian Wen Yang Li, penanam dari Sungai Ara, Pulau Pinang, jelas lebih tinggi kualitinya dan daunnya lebih hijau dalam mencapai pertumbuhan yang sihat.
Antara vrieti durian yang ditanam oleh Wen Yang Li di dusunnya ialah Kulit Hijau, Udang Merah,Tupai King dan varieti utara Malaysia yang lain. Beliau memberitahu bahawa sebelum ini pertumbuhan tanaman duriannya tidak mecapai tahap optimum, keluaran hasil rendah serta kerosakan akibat haiwan perosak dan penyakit adalah serius. Namun begitu, setelah beliau melakukan penambahbaikan kepada amalan pengurusan bajanya semua masalah berikut berjaya diatasi. Malah, hasil dan kualiti mencapai pertumbuhan yang amat memberangsangkan. Walaupun kadar pertumbuhannya hanya sebanyak 10%, berdasarkan pemerhatiannya beliau yakin bahawa hasilnya akan terus meningkat naik. Termasuklah peningkatan kualiti hasil duriannya.
Penggunaan baja premium yang kerap
Dalam amalan pengurusan baja harian Wen Yang Li, rangkaian produk baja AgroBridge Sdn Bhd adalah merupakan “pembantu” yang dipercayainya. Produk yang digunakannya adalah:
- Bonica
- Complex Blue Special
- Complex Green Special
- Complex Purple Special
- Wuxal Amino
Beliau memberitahu bahawa Bonica boron plus dapat digunakan bersama Complex Blue Special 12-12-17-2-9S sebanyak 0.5kg dan 1.5kg setiap satu dengan kekerapan 2 minggu sekali. Pada peringkat awal pembentukan buah, tanah dibaja dengan Bonica boron sebanyak 1kg setiap kali, diikuti dengan baja Complex Purple Special 15-5-20-2-8S. Dalam amalan hariannya memulihkan semula pokok dan menggalakkan pertumbuhan daun, beliau akan menyembur baja mudah larut Complex Green Special 15-15-15-5CaO. Di samping itu, beliau juga menggunakan Wuxal Amino dengan mencampurkan 30ml bersama 20L air dan kemudian menyemburnya ke atas permukaan daun bagi mempercepatkan penyerapan nutrien oleh tanaman. Berdasarkan pemerhatiannya, beliau menjelaskan bahawa pembajaan perlu diberi sejurus selepas semua penuaian buah selesai supaya tanaman mendapat nutrien yang mencukupi, bagi mendorong pertumbuhan daun muda yang baik dan semua ini dilakukan sebagai persediaan untuk penuaian yang seterusnya.
PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?
Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.