TESTIMONI

Peladang dari Pulau Pinang menghasilkan biji benih durian 101
Penggunaan baja yang sesuai

Chen A Man, yang memiliki kebun durian di Balik Pulau di Pulau Pinang, berjaya menuai tahun ini, terutamanya varieti 101 dengan hasil buah yang matang. Ini merupakan hasil tuaian yang belum pernah diperolehindan hasil ini membawa senyuman di wajahnya.

Dusun Chen A Man berkeluasan sekitar 7 ekar dan ditanam dengan beberapa jenis durian tempatan, seperti Hor Lor, Udang Merah, 604, Kulit Hijau 15 dan lain-lain. Di antaranya juga terdapat Musang King, Black Thorn yang popular dan hasil tuaian yang paling memuaskan iaitu 101. Beliau memberitahu bahawa dengan amalan pengurusan baja yang sesuai, setiap biji buah 101 dapat mencapai berat 3kg hingga 4kg. Ketika buahnya dikopek, beliau mendapati bahawa sebanyak 50% isinya terdiri dari bijinya. Kualiti buah yang sangat baik membenarkan beliau memperoleh harga yang tinggi. Chen A Man menggunakan baja AgroBridge, yang baru digunakan bermula dari Ogos/September 2019. Kesan baja itu melangkaui jangkaannya dan terdapat peningkatan hasil dan kualiti terhadap varieti 101 miliknya.

 

Pembajaan tanah dan daun untuk hasil yang optimum

Mengikut amalan rutinnya, pembajaan semula harus dimulakan sejurus selepas buah dituai, agar pokok dapat kembali segar dan daun muda dapat tumbuh dengan baik. Pada peringkat ini beliau akan menggunakan Wuxal Amino dan Wuxal Ascofol Zn dengan kuantiti 20ml setiap satu dan dicampurkan bersama 20L air. Setelah daun muda mula tumbuh, beliau akan menggunakan Microplant sebanyak 30ml dicampurkan ke dalam 20L air untuk pembajaan daun bagi membolehkan daun mencapai saiz pertumbuhan, tahap kehijauan dan kilauan yang sesuai. Untuk pembajaan tanah, beliau menggunakan Complex Blue Special 12-12-17-2-9S dan Bonica boron plus,sebanyak 1.5kg dan 0.5kg setiap satu, dengan kekerapan 2 minggu sekali. Bagi menggalakkan fasa pembungaan terutamanya ketika iklim kering berterusan selama 7 hingga 10 hari, beliau akan menyemburkan 30 ml Wuxal Boron dicampur bersama 20L air dan untuk tanah, beliau akan menggunakan Complex Blue Special 12-12-17-2-9S, 2 minggu sekali.

Proses ini akan berterusan sehingga kelopak bunga luruh dan buah muda mulai terbentuk, kemudian beliau akan beralih menggunakan Wuxal Ascofol dan Kalsium sebanyak 15ml setiap satu dan dicampurkan ke dalam 20L air sementara baja untuk tanah pula ialah Bonica boron plus sebanyak 1kg per aplikasi dan satu aplikasi baja organik pada kadar 25kg setiap tanaman. Ini akan diikuti dengan Complex Purple Special 15-5-20-2-8S dan baja daun Wuxal Calcium dan K40 untuk meningkatkan kualiti dan berat buah.

Dengan mengikuti prosedur pembajaan di atas, Chen A Man berjaya meningkatkan kualiti buah dan isinya serta memperoleh hasil yang banyak. Selain itu, sebagai hasil dari amalan pengurusan pembajaan yang tepat, masa penuaiannya berlanjutan lebih lama dan beliau yakin apabila menjelang bulan Julai, penuaian masih dapat dilakukan.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.