TESTIMONI

Pasangan suami isteri memilih baja yang diimport
Tahap kejayaan penanaman bunga terbukti meningkat

Setelah mengalami penurunan hasil durian setiap tahun yang memberi kesan terhadap pendapatan mereka, pasangan suami-isteri terus kekal berusaha dan setelah melalui banyak percubaan, mereka akhirnya berjaya meningkatkan kadar kejayaan pembungaan melalui penggunaan baja yang sesuai. Hanya dalam setahun, bunga-bunga mekar dan memenuhi pokok-pokok, detik kebaikan yang sangat dihargai oleh pasangan ini.

Pasangan suami isteri berganding bahu untuk melabur dalam tanaman durian, mencapai kebahagiaan abadi dan pengalaman belajar yang berharga.

Dapat dilihat dalam komuniti peladang terdapat hanya sebilangan kecil pekerja wanita kerana tugas-tugasnya berat dan sukar. Namun, Zhong Yu Ping yang berusia 57 tahun tetap terus bekerja, berkeras untuk bekerjasama dengan suaminya Chen Xing Nan bagi menguruskan kebun durian mereka. Akhirnya, mereka mencapai hasil yang ideal dan dapat menikmati hasil penat lelah mereka. Chen Xing Nan yang berusia 59 tahun memberitahu lokasi kebun mereka terletak di Bentong, Pahang, sebuah bandar durian. Kebun durian mereka mempunyai keluasan seluas 8 ekar dan sebahagian besarnya ditanam dengan pokok durian Musang King dan D24. Namun begitu, Chen Xing Nan dan Zhong Yu Ping hanya menguruskan kebun seluas 3 ekar sahaja. Walaupun begitu, tugas-tugas yang dilakukan bagi menguruskan kebun durian yang seluas 3 ekar sangat mencabar bagi kebanyakan peladang, termasuklah kepada pasangan suami-isteri ini. Biarpun begitu, mereka tetap berasa senang dalam melakukan tugas seharian menguruskan kebun ini dan dengan peningkatan hasil buah durian mereka, minat mereka untuk menanam durian semakin mendalam.

 

Pengeluaran hasil terdahulu rendah

Pasangan ini menjelaskan bahawa mereka mula menceburi ladang durian sejak tahun 1992. Namun, produk baja yang mereka gunakan pada awal penanaman durian adalah baja berkualiti rendah maka penghasilan buah tidak memuaskan. Lebih buruk lagi, penghasilan buah mula berkurangan lantas menjejaskan pendapatan mereka. Setahun yang lalu, mereka mula mengenali produk AgroBridge dan telah menggunakan produk ini sejak mereka melihat terdapat peningkatan yang mendadak dari pelbagai permasalahan yang mereka hadapi. Ketika mereka mula menggunakan baja AgroBridge yang diimport dari Eropah, Innotec 12-12-17-2, kadar kejayaan pembungaan tanaman durian meningkat dengan ketara. Penampakan gugusan-gugusan bunga pada pokok tanaman membawa kegembiraan yang luar biasa bagi mereka. Semasa fasa pembuahan, mereka memilih untuk menggunakan baja import dari Eropah, Innotec K12-6-24-2 AgroBridge untuk meningkatkan kualiti serta hasil buah.

Pada masa yang sama, mereka juga berwaspada agar tidak terlepas pandang akan penggunaan baja daun kerana struktur daun dan pertumbuhan daun yang baik akan menggalakkan penyerapan nutrien tanaman. Pasangan itu memilih untuk menggunakan baja daun yang diimport dari Jerman dari AgroBridge, Wuxal Microplant. Produk ini mempunyai kepekatan mikronutrien tinggi untuk memenuhi keperluan mikronutrien tanaman. Selain itu, mereka juga menggunakan Wuxal Calcium untuk melindungi struktur buah dan mencegah pembelahan buah. Sehingga kini, pasangan ini terus menggunakan produk-produk tersebut dan pokok terus membesar dengan kuat, kurang mengalami kerosakan akibat haiwan perosak atau penyakit dan daun tumbuh dengan lebat. Pertumbuhan yang baik ini mengembalikan semula semangat mereka terhadap bidang penanaman durian.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.