TESTIMONI

Pameran disertai oleh wakil Jerman
Ceramah secara langsung mengenai hasil keberkesanan siri Wuxal

AgroBridge Malaysia Sdn Bhd, yang memberi fokus utamanya pada baja yang diimport dari Eropah sepanjang tahun perniagaannya, telah turut serta dalam Agri Malaysia 2019. Selain mempamerkan bilik pameran yang gah, mereka juga secara khusus membina model berskala gergasi bekas baja daun Wuxal (Jerman) yang menambahkan lagi kegamitan di dalam pameran itu.

Dr. Theiss Herald (2 dari kanan), Encik Martin Braun (2 dari kiri) dan pasukan pameran AgroBridge turut serta dalam pameran pertanian profesional di Malaysia.

Model gergasi bekas baja daun Wuxal (Jerman) mencipta suasana ceria.

Rangkaian baja komposit dari Eropah yang dipamerkan.

Dalam pameran ini, AgroBridge menjemput khas pengurus baja daun Wuxal, Dr. Theiss Herald dan Encik Martin Braun, dari Jerman, ke Malaysia bagi menghadiri acara besar ini. Kehadiran kedua pakar itu juga mendapat sambutan besar dari penganjur pameran dan mereka telah diberi peluang untuk menyampaikan ceramah secara langsung mengenai pelbagai jenis nutrien pertanian dan kepentingannya. Ceramah tersebut tertumpu pada program pembekalan unsur-unsur makronutrien dan mikronutrien yang diperlukan oleh tanaman dengan pelbagai kuantiti pada pelbagai peringkat, yang berjaya meningkatkan pemahaman para petani tempatan mengenai rangkaian produk Wuxal. Pada masa yang sama, sesi ini juga membolehkan para pakar Jerman berinteraksi dan memahami perkembangan serta keadaan pertanian Malaysia yang dapat memberi manfaat kepada syarikat Jerman terbabit dalam menawarkan produk mereka pada masa hadapan.

Semasa pameran tersebut, AgroBridge secara khusus membina model baja daun Wuxal berskala gergasi untuk acara ini, sekaligus mewujudkan pemandangan yang menarik bagi para peserta. Seperti yang dapat dilihat ketika pameran, para pengunjung disambut dengan bekas baja daun bersaiz raksasa yang menarik ini di pintu masuk dewan dan mereka akan datang untuk melihat serta mengambil gambar dengan bekas baja bersaiz gergasi tersebut.

 

Siri Wuxal memenuhi keperluan para petani

AgroBridge terkenal dengan pelbagai baja komposit yang diimport dari Eropah dan pelbagai jenis baja telah dipamerkan di pameran tersebut. Antaranya ialah yang terkini AgroBridge Complex Green Special 15-15-15-5CaO yang diimport dari Eropah, serta AgroBridge Complex Blue Special 12-12-17-2-9S dan AgroBridge Complex Purple Special 15-5-20-2-8S, yang sangat popular dalam kalangan para petani.

AgroBridge kini mengimport 13 jenis baja daun Wuxal dan akan menambah lagi produk dalam siri ini pada masa akan datang bagi memenuhi keperluan petani tempatan. Produk Wuxal yang sangat pekat serta mengandungi bahan tambahan sesuai digunakan dalam iklim Malaysia.

Keseluruhan pasukan kakitangan AgroBridge juga dilihat dengan penuh semangat memperkenalkan dan berkongsi mengenai produk tersebut kepada para peserta yang mengunjungi gerai tersebut.

Seperti yang disampaikan oleh Mr. Martin Braun kepada para petani dalam ceramah tersebut, selain dari memberi tumpuan pada kategori unsur nutrien dalam kuantiti tinggi dan sederhana dalam amalan pengurusan baja mereka, penyediaan tanaman dengan jumlah unsur nutrien yang sesuai dalam kategori kuantiti rendah dapat meningkatkan kualiti dan hasil. Secara umumnya, Mr. Martin Braun mengingatkan para hadirin agar tidak menggunakan unsur nutrien dalam kategori kuantiti tinggi (NPK – Nitrogen, Fosforus, Kalium) dalam jangka masa panjang dan mengabaikan tanaman yang berada dalam kategori kuantiti rendah kerana ianya penting untuk mempunyai pemakanan seimbang sepanjang proses penanaman. Sebagai contoh tanaman yang kekurangan zink, penggunaan NPK secara berterusan tidak akan memberi kesan positif kepada tanaman. Sebaliknya, ia menyebabkan pembaziran.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.