TESTIMONI

Menyembur baja bebas klorida
Peningkatan hasil dan kualiti durian

“Memberi perhatian kepada pembajaan dan menggunakan baja premium dapat meningkatkan hasil dan kualiti durian secara berkesan, menghasilkan rekod hasil yang baik sekali lagi.”

Lu Jian Liang (Xiao Bao) yang berusia 34 tahun menjelaskan bahawa kebun durian seluas 9 ekarnya mempunyai hasil yang baik pada kali ini. Ketika ditanya mengenai faktor penyumbang yang membawa kepada kejayaan ini, beliau berkata bahawa selain iklim yang sesuai, baja yang sesuai adalah antara faktor penyumbangnya. Kebun Lu Jian Liang yang terletak di kaki gunung Lata Berembun di Sungai Chalit dipenuhi dengan tanaman Musang King sebanyak 80% hingga 90%. Beliau memaklumkan bahawa kebun itu terletak di lokasi strategik berhampiran pekan sekitar 15 minit perjalanan. Sejak beliau kecil, Lu Jian Liang telah membantu keluarganya menguruskan kebun ini. Kini 20 tahun telah berlalu dan beliau telah banyak mempelajai teknik penanaman durian dari ayahnya.

 

Pembajaan sangat penting untuk mendapatkan hasil yang tinggi

Dari pengalaman serta pengetahuan mengenai penanaman durian yang dipelajari daripada bapanya, Lu Jian Liang menyedari bahawa hanya dengan pembajaan yang betul, kualiti durian akan meningkat. Beliau menjelaskan bahawa baja yang digunakan pada peringkat awal mempunyai kandungan klorida yang tinggi dan hasilnya, kualiti durian adalah tidak memuaskan. Namun keadaan berubah apabila beliau mula menggunakan baja bebas klorida AgroBridge, yang dapat meningkatkan jumlah hasil serta kualitinya.

Setelah menggunakan produk AgroBridge selama 5 tahun, tanaman durian Lu Jian Liang menunjukkan hasil yang jelas dari pertumbuhan pokok yang kuat dan sihat dengan daun lebat. Beliau menyatakan bahawa tanaman yang kuat dan sihat dapat mengurangkan kerosakan yang berpunca oleh haiwan perosak serta penyakit, yang juga dapat menjimatkan kos ubatan. Kebiasaannya, beliau menggunakan AgroBridge Complex Blue Special 12-12-17-2 semasa fasa pembungaan sebanyak 2kg hingga 2.5kg untuk setiap tanaman dan AgroBridge Complex Purple Special 15-5-20-2 sebanyak 2.5kg hingga 3kg untuk setiap tanaman semasa peringkat pembuahan. Hasilnya, buah Musang King yang dihasilkan berbentuk bulat, mempunyai jumlah buah kelas A yang banyak dan jumlah hasil yang tinggi.

Selain itu, beliau juga menggunakan baja daun Wuxal pekat AgroBridge yang diimport dari Jerman. Wuxal Combi Mg mempunyai kandungan nitrogen dan magnesium yang tinggi yang dapat menguatkan tanaman dengan berkesan dan melebarkan saiz daun. Apabila buah durian mencapai saiz sebesar telur ayam, beliau akan mula menggunakan Wuxal Calcium (tinggi kalsium) dan Wuxal K40 (tinggi kalium). Kemudian selepas buah sudah dituai sepenuhnya, beliau akan menggunakan Wuxal Microplant (mikronutrien) untuk memulihkan semula pokok, sebagai sebahagian dari pembajaan permukaan supaya tanaman pulih dan bersedia untuk kitaran berikutnya.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.