TESTIMONI

Meningkatkan kualiti dan pengurusan baja secara proaktif
Peladang dari utara Malaysia berjaya menghasilkan Black Thorns sempurna

Baru-baru ini, harga pasaran Black Thorn (D200) sangat memberangsangkan dan adalah lebih tinggi dari Musang King. Ia telah menarik perhatian industri dan telah menyaksikan perubahan di dalam industri bagi meningkatkan keluasan kebun Black Thorn. Bagi mereka yang telah meramalkan potensi Black Thorn dan telah melabur dalam penanaman varieti ini lebih awal, mereka kini dapat menikmati keuntungan dari harga pasaran semasa. Peladang Wang Mei You merupakan salah seorang dari mereka.

Wang Mei You percaya bahawa penghasilan durian Black Thorn yang berkualiti adalah sangat penting. Selain menumpukan perhatian terhadap amalan pengurusan baja dan menggunakan produk baja yang berkualiti, adalah penting bagi memastikan setiap pohon tidak menghasilkan lebih dari 100 biji buah supaya tidak memberi tekanan kepada pokok yang akan mendatangkan kesan buruk terhadap kualiti.

Terletak berhampiran plaza tol Bandar Baharu di Kedah, dusun durian yang seluas 100 ekar milik Wang Mei You ditanam dengan Black Thorn selama lebih dari 10 tahun. Dusunnya yang berbentuk penanaman bukit dan lereng bukitnya mampu memuatkan kebun seluas 100 ekar ini dengan 600 pokok Black Thorn. 2000 pokok ini berumur 10 tahun dan selebihnya dari 4000 tahun kurang dari 10 tahun.

Oleh kerana minat yang mendalam, beliau menceburkan diri dalam penanaman durian Black Thorn. “Hanya berbekalkan minat saya mengambil langkah pertama untuk menceburi bidang penanaman durian. Sepanjang 10 tahun, terdapat banyak turun naik, di mana banyak masa, usaha dan wang dihabiskan. Akhirnya, semuanya memberi pulangan hasil.”  Wang Mei You yang berusia 61 tahun memetik ungkapan Cina “Tuhan tidak akan mengecewakan orang yang melakukan kerja keras. (Jika anda berusaha bersungguh-sungguh, anda akan berjaya). Ketika permintaan durian mula mendapat momentum, ia mula memberikan saya pendapatan yang lebih baik. ” Peningkatan kualiti adalah sebab utama yang menyumbang kepada peningkatan populariti Black Thorn dan seterusnya membawa pulangan pendapatan yang lebih lumayan. Beliau menjelaskan kejayaannya berkait rapat dengan produk berkualiti AgroBridge (Malaysia) Sdn Bhd.

 

Penggunaan baja dan Wuxal yang diimport dari Eropah oleh AgroBridge

Wang Mei You berkongsi bahawa sebelum fasa pembungaan, beliau secara bergilir-gilir menggunakan baja daun AgroBridge dari Jerman, Wuxal Ascofol dan Boron, sebanyak 300ml setiap satu dicampur bersama 200L air. Semasa fasa pembuahan beliau masih menggunakan baja import AgroBridge dari Eropah, 15-5-20 sebanyak 4kg hingga 5kg untuk setiap tanaman dan kuantiti berubah mengikut usia pokok.

Selain itu, beliau akan menggabungkan Wuxal Calcium dan K40, masing-masing sebanyak 300ml dan dicampurkan bersama 200L air, untuk meningkatkan berat buah dan untuk mencegah buah dari berlaku pembelahan. Beliau turut berkongsi bahawa pada setiap tahun durian Black Thorns mengalami peningkatan hasil dan mencapai peningkatan kualiti yang ketara, lalu menghasilkan buah-buahan yang memiliki aroma yang diinginkan, dengan isi kuning dan struktur buah bulat. Baginya hasil adalah bukanlah keutamaannya kerana beliau sangat menitikberatkan kualiti buah. Oleh itu, beliau mengekalkan pengeluaran setiap pokok sebanyak 100 biji buah sahaja untuk mengelakkan tekanan berlebihan pada pokok yang akan mempengaruhi kualiti buah.

Ketika pokok berada dalam fasa pemulihan, beliau akan menggunakan baja import AgroBridge 15-15-15 untuk menggalakkan pertumbuhan daun dan meningkatkan kesihatan pokok. Hasil daripada amalan pengurusan baja yang betul dan penghasilan Black Thorn yang berkualiti premium, beliau muncul sebagai juara dalam kategori pertandingan Black Thorn semasa karnival durian 2018 di Bangi Golf Resort.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.