TESTIMONI

Mempromosi secara proaktif baja sebatian import berkualiti tinggi
AgroBridge menaja karnival durian Bangi, majlis yang menggembirakan

Bertujuan untuk memberi sumbangan kepada industri pertanian Malaysia, AgroBridge pada tahun 2019 melaksanakan langkah proaktif selain dari memberi tupuan pada penyelidikan dalam pengurusan baja, ia juga akan terlibat secara aktif dalam acara-acara berkaitan durian tempatan. Usaha ini telah berjaya meningkatkan pemasaran produk premium syarikat ke tahap seterusnya. Dua individu kenamaan, iaitu Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub (empat dari kiri) dan Pengarah Acara, Chen Wan Ji (enam dari kanan), mengunjungi gerai pameran produk AgroBridge dan menzahirkan kekaguman mereka terhadap produk baja kompaun berkualiti premium milik syarikat.

Wang Yuan Xin (dua dari kanan) merupakan juara pada tahun 2018 dalam pertandingan Black Thorn.

Karnival durian, yang dianjurkan pada 13 Julai 2019 oleh Bangi Golf Resort, berjaya dilaksanakan. AgroBridge (M) Sdn Bhd diberi penghormatan sebagai penaja baja utama untuk acara ini. Produk syarikat yang utama adalah baja kompaun yang diimport dari Eropah, sebagai contoh baja daun Wuxal dari Jerman, mikronutrien Complexsupra Granular TE dari England dan lain-lain produk nutrien tumbuhan premium. Syarikat ini bermatlamat untuk menyumbang kepada industri pertanian Malaysia dan bekerjasama dengan komuniti peladang untuk mengembangkan industri ini dalam menghasilkan produk pertanian berkualiti tinggi. Kualiti perkhidmatan AgroBridge yang luar biasa juga menarik perhatian dua tetamu khas, Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Tuan Amirudin bin Shari, dan Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub. Kedua-dua individu kenamaan ini meluangkan masa di gerai produk AgroBridge untuk mengetahui dengan lebih lanjut akan produk premium yang diimport serta maklumat yang berkaitan. Mereka juga menyedari akan sumbangan AgroBridge di dalam industri pertanian.

 

Menteri Pertanian berada di bilik pameran untuk memeriksa

Karnival durian yang dianjurkan oleh Bangi Golf Resort telah menarik ramai pengunjung melalui siri acaranya yang menarik, termasuk mengundang pempengaruh media sosial yang terkenal. Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub menyuarakan persetujuaannya bahawa aktiviti-aktiviti ini telah memberi perkhidmatan kelas pertama kepada para peserta karnival. Ketika mengunjungi gerai pameran AgroBridge, Menteri Pertanian, Datuk Salahuddin Ayub, memaklumkan bahawa sebagai pusat sehenti durian, aktiviti seperti ini bukan sahaja membolehkan para pengunjung merasa durian segar dan berkualiti tinggi, malah sebuah muzium durian juga didirikan bagi meningkatkan pemahaman para peserta mengenai durian. Beliau berkata, kebun durian yang juga berfungsi sebagai pusat rekreasi dapat mendorong perkembangan industri pelancongan tempatan. Selain itu, beliau turut menyatakan bahawa baja sebatian berkualiti premium seperti yang dipamerkan oleh AgroBridge telah memberikan pengaruh yang besar kepada para peladang, membantu meningkatkan pemahaman mereka tentang pengurusan baja dan juga turut memberi manfaat kepada pengguna dengan pengeluaran hasil durian premium yang enak.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.