TESTIMONI

Memilih baja kompaun yang diimport
Kadar kejayaan pembungaan meningkat sebanyak 80%

Joseph Tan yang berusia 49 tahun dan ketua lapangan Richard menguruskan sebuah kebun durian seluas 17 ekar di Karak. Mereka berdua berasal dari Johor dan kini menguruskan pokok durian yang berusia sekitar 7 hingga 8 tahun, di mana 90% dari tanaman adalah pokok Musang King dan 10% pokok Black Thorn.

Ketika ditanya tentang alasan beliau menceburkan diri dalam bidang penanaman durian, beliau menyatakan bahawa ia adalah kerana minat mendalamnya terhadap durian. Minat itu mendorongnya untuk menceburkan diri dalam bidang penanaman durian dan akhirnya, ia berubah menjadi pertanian profesional. Beberapa penanam tempatan juga telah mengunjungi kebunnya bagi tujuan meninjau dan melihat tanaman durian beliau.

Beliau menjelaskan pada peringkat awal, banyak masa diluang dan pelaburan dibuat namun tidak memberi hasil yang setimpal. “Sebelum saya mengetahui tentang baja AgroBridge, saya perhatikan ketika musim kemarau, daun akan luruh dengan jumlah yang banyak, fasa pembungaan tidak beralih kepada fasa pembuahan dan oleh yang demikian, kadar kejayaan buah durian yang tumbuh mencapai tahap matang adalah sangat rendah. Namun, sejak mula menggunakan baja kompleks yang diimport oleh Eropah, Innotec 12-12-17-2, beliau melihat terdapat peningkatan yang jelas. Daunnya lebat, berwarna hijau segar dengan ukuran saiz yang sesuai, dan kadar kejayaan pembungaan beralih ke fasa pembuahan meningkat sebanyak 80%. ” Beliau juga berterus terang mengatakan bahawa ketika beliau baru berjinak menggunakan baja AgroBridge pada waktu itu, beliau berasa kurang yakin akan keberkesanan baja ini dalam meningkatkan hasil tanamannya. Namun kini setelah beliau secara konsisten menggunakan baja AgroBridge, beliau mendapati hasilnya jauh lebih baik dan yakin bahawa hasil tanamannya akan terus meningkat.

 

Mengguna baja secara bergilir-gilir

Berdasarkan pengalamannya dalam amalan pengurusan baja, beliau memilih Innotec 12-12-17-2 dan Innotec K12-6-24-3CaO. Kaedah penggunaannya adalah dengan menggunakan 2kg hingga 2.5kg Innotec 12-12-17 untuk setiap tanaman semasa peringkat pembungaan dan jumlah yang sama dari Innotec K 12-6-24-3CaO semasa peringkat pembuahan. Pada musim kemarau, beliau akan meningkatkan kekerapan pengunaan baja sebanyak dua kali sebulan.

Selain itu, beliau juga menggunakan Wuxal Microplant. Baja ini akan digunakan 2 hingga 3 kali seminggu setelah penuaian, dengan mencampurkan 20ml hingga 30ml bersama 20 liter air. Sementara itu, Wuxal Ascofol dan Wuxal Boron digunakan secara bergilir setiap 2 minggu sekali semasa peringkat pembungaan, dengan mencampurkan 20ml hingga 30ml bersama 20 liter air, untuk memberi kesan tahan cuaca.

Apabila buah muda mula tumbuh, beliau akan menggunakan Wuxal Calcium setiap 2 minggu sekali, dengan mencampurkan pada 20ml hingga 30ml bersama 20 liter air, untuk mencapai pertumbuhan yang optimum.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.