TESTIMONI

Membekalkan tanaman durian dengan baja cecair dari Jerman
Peningkatan daya tahan terhadap iklim kering yang melampau

Zhou Qing Zhong yang berumur 55 tahun memiliki kebun di Grisek berkeluasan lebih dari 30 ekar, ditanam dengan kelapa sawit dan pokok durian. Kebun durian mempunyai keluasan kira-kira 16 ekar dan ditanam dengan hampir 170 pokok dari pelbagai jenis durian, antaranya Musang King, Black Thorn, XO, 101, D24 dan D13. Pokoknya rata-rata berusia 5 hingga 10 tahun, sebahagian besarnya adalah Musang King dan Black Thorn yang ditanam oleh Zhou ketika beliau mengambil alih kebun, sementara selebihnya berusia lebih dari 40 tahun.

Zhou Qing Zhong menggunakan baja cecair yang diimport dari Jerman semasa iklim kering untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti buah durian.

Zhou yang sebelum ini merupakan pemilik kilang kayu dan membeli sebidang tanah ini 30 tahun yang lalu untuk kilang kayunya pada ketika itu. Beliau memberitahu bahawa kebun durian pada masa itu memenuhi seluas 16 ekar tanah di bahagian belakang kilang dan diuruskan oleh kontraktor peladang lain. Ketika perniagaan kayunya berakhir 10 tahun yang lalu, beliau menceburkan diri dalam perniagaan perladangan dan mengambil alih keseluruhan pengurusan dusun.

 

Iklim kering mempengaruhi pertumbuhan tanaman

Iklim sejak beberapa tahun kebelakangan ini tidak berada dalam keadaan optimum, mempengaruhi pertumbuhan tanaman durian. Bagi menyelesaikan masalah ini, be;iau memasang sistem pengairan di kebun untuk menyediakan pengairan setiap hari, terutama ketika cuaca kering. Berdasarkan pengalamannya selama bertahun-tahun, beliau menyedari bahawa ianya tidak memadai untuk hanya bergantung pada bekalan air bagi mengekalkan pertumbuhan tanaman. Oleh itu, Zhou mengambil bahagian dalam sebuah seminar, yang dianjurkan bersama oleh seorang pengedar dan AgroBridge (M) Sdn Bhd, pada bulan Mac tahun lalu dan belajar cara menguruskan kebun durian dalam iklim yang teruk. Melalui seminar tersebut, beliau juga mengenali produk baja import AgroBridge dan baja cecair Wuxal dan semenjak itu beliau menggunakan produk ini dengan hasil yang positif. Zhou menjelaskan bahawa ketika iklim kering, beliau akan menyemburkan Wuxal Ascofol (20 ml bersama 20L air) supaya tanaman mempunyai ketahanan terhadap cuaca. Ketika fasa pembuahan, beliau akan menyembur Wuxal K40 dan Wuxal Calcium (20ml bersama 20L air) untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti buah. Zhou juga akan menggunakan secara purata sebulan sekali sekitar 5 kg baja untuk setiap tanaman (disesuaikan mengikut usia tanaman) bagi memastikan tanaman memiliki nutrien yang cukup untuk mencapai fasa pembungaan dan pembuahan.Kebiasaannya beliau akan menggunakan baja anti-klorida premium dari Eropah. Seterusnya beliau memberitahu bahawa setelah selesai menuai, beliau akan menggunakan Complex Green Special 15-15-15 + 5CaO + 6S yang diimport dari Eropah oleh AgroBridge untuk mendapat pertumbuhan pokok yang kuat dan menggalakkan pertumbuhan daun muda. Pada fasa pembungaan, beliau akan beralih ke Innotec 12-12-17-2 yang diimport dari Eropah oleh AgroBridge untuk meningkatkan kadar kejayaan pembuahan. Apabila buah mula terbentuk, beliau akan menggunakan Innotec 12-6-24-2 + 3CaO untuk meningkatkan kualiti dan hasil buah. Melalui amalan pengurusan baja yang sesuai, tanaman durian Zhou terus mencapai hasil yang diinginkan, mendapat 3 hingga 4 penuaian setahun (dalam pelbagai kuantiti). Pokok Musang King yang berusia 5 tahun telah membesar dengan kuat dan bersedia untuk fasa pembungaan dan pembuahan, mencapai satu lagi hasil yang konsisten.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.