TESTIMONI

Beralih kepada penggunaan baja sebatian premium Eropah
Pokok kuat, daun hijau lebat dan peningkatan keluaran hasil

Ketika Wei Xian Foo (Ah Foo) menceburkan diri dalam bidang penanaman durian pada tahun 2000, ada suatu ketika di mana hasilnya tidak ideal kerana pengurusan baja yang tidak cekap. Namun, setelah beberapa kali penambahbaikan berterusan dilakukan, kebun duriannya mula menampakkan peningkatan kualiti dan hasil, yang memberikannya hasil tuaian yang memuaskan.

Bertujuan sekadar ingin mencuba produk baja baru, Wei Xian Foo (berpakaian kuning) menyedari bahawa pokok duriannya mencapai rekod hasil yang sangat tinggi setelah beralih kepada penggunaan baja AgroBridge. Oleh itu, beliau memutuskan untuk menggunakan 100% baja AgroBridge dan baja daun. Berpakaian biru ialah kakitangan AgroBridge Lin Wei Cheng.

Kebun Wei Xian Foo (Ah Foo) terletak di Mukim Junjong, Kedah, dengan keluasan 10 ekar dan ditanam dengan 300 pokok durian dari pelbagai jenis. Antaranya ialah 100 pokok Durian Merah, D15, D24, 101 dll. Mengikut permintaan pasaran, Wei Xian Foo telah mencantumkan 80 anak pokok Musang King dan 80 anak pokok Black Thorn.

Pokok-pokok durian yang berusia 20 tahun ini telah memberikan hasil tuaian yang baik kepada Wei Xian Foo dan beliau menyatakan kejayaan itu berkait rapat dengan amalan pengurusan baja yang betul.

Pada tahun awal penanaman, beliau tidak melanggan hanya kepada satu produk baja sahaja. Beliau akan menggabungkan produk dari pelbagai syarikat yang dirasakan sesuai. Akibatnya, daun menjadi jarang dan pertumbuhannya terhenti, menghasilkan hasil yang sederhana.

Setelah bertungkus lumus dengan hasil tersebut, beliau menemui baja AgroBridge dan memutuskan untuk mencuba produk baru ini. Sebagai hasilnya, beliau mendapat peningkatan hasil berlipat kali ganda dan semenjak dari itu beliau beralih 100% kepada penggunaan baja dan baja daun AgroBridge.

 

Beralih kepada penggunaan baja import galakkan pertumbuhan

Wei Xian Foo menggunakan AgroBridge Complex Blue Special 12-12-17-2-9S yang diimport dari Eropah (5kg per tumbuhan), ditambah dengan Bonica boron plus (1kg per tumbuhan) untuk mencapai hasil pokok dan daun lebat. Beliau menjelaskan bahawa jika daun jarang dan dahan rapuh, hasilnya akan terjejas. Oleh itu, wajar untuk meningkatkan pertumbuhan daun untuk mendorong pertumbuhan tanaman yang kuat dan sihat.

Selain menggunakan baja (baja tanah) setiap 40 hari sekali, Wei Xian Foo juga akan menggunakan baja daun sekali atau dua kali sebulan. Baja-baja ini adalah baja daun yang diimport dari Eropah oleh AgroBridge.

Setelah menuai, beliau akan menggunakan campuran Wuxal Amino dan Ascofol sebanyak 20ml setiap satu untuk menggalakkan pertumbuhan daun baru. Beliau kemudiannya akan menukar kepada penggunaan Wuxal Microplant, baja cair mikronutrien yang sangat pekat bagi membenarkan daun tumbuh sehingga matang dan meningkatkan fasa pembungaan, yang turut dibantu oleh iklim tempatan.

 

Bekalan jangka panjang benih durian

Selain dari penglibatannya di ladang durian, Wei Xian Foo juga telah lama berkecimpung dalam perniagaan pembekalan benih durian. Pada usia 60 tahun, beliau dikenali penduduk tempatan sebagai seorang yang mahir dalam penyemaian anak benih durian. Kaya dengan pengalaman, beliau membekalkan anak benih berkualiti premium kepada pengusaha durian tempatan di seluruh negara. Sambutannya sangat menggalakkan dan beliau berusaha untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat. Antara anak benih yang sangat popular adalah Black Thorn, diikuti oleh Musang King.

Beliau menjelaskan beliau akan memulakan dengan menyediakan tanah untuk menanam anak benih dan mula mencamtum benih durian yang mendapat sambutan tinggi ini setelah 3 bulan. Buah-buahan itu kemudian akan bersedia untuk dipasarkan dalam masa 4 bulan.

Di samping itu, beliau juga akan menggunakan Complex Yellow Special AgroBridge 15-15-6-4, diimport dari Eropah yang rendah klorida dan dapat mendorong pertumbuhan pokok dengan saiz dan ketebalan yang sihat, pertumbuhan akar yang sempurna dan peningkatan kilauan daun. Baja daun Wuxal Ascofol juga disembur pada permukaan daun untuk meningkatkan daya tahan terhadap iklim yang teruk, misalnya pada musim panas dan tengkujuh, dan juga bagi memastikan pertumbuhan daun tidak terjejas.

Beliau tersenyum menyatakan bahawa ini adalah hasil penggunaan baja import yang membantu meningkatkan kualiti anak benih duriannya.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.