TESTIMONI

Amalan pengurusan baja yang bersesuaian menghasilkan hasil yang berkualiti
Pengeluaran sawit tinggi dengan tandan buah sawit yang banyak

Pong Hua Qiang merupakan pemilik kebun kecil yang menggunakan baja berkualiti tinggi bersesuaian bagi meningkatkan kualiti pertumbuhan pokok kelapa sawitnya serta menghasilkan hasil tuaian tinggi tandan buah sawit. Dengan pertumbuhan pokok pada tahap kesihatan yang optimum, mereka mempunyai daya tahan yang lebih tinggi terhadap perosak dan penyakit, menjadikannya sesuai untuk tuaian. Kebun ini juga mempunyai masalah kawalan perosak yang minimum.

Xiao Li Qiang (dari kiri), Pong Hua Qiang & Aw Da Ming sangat berpuas hati dengan pengeluaran tanaman sebagai hasil penggunaan baja yang berkualiti.

Pengurusan baja merupakan fasa penting dalam penanaman kelapa sawit. Oleh itu, pemilihan baja berkualiti tinggi & dengan aplikasi yang sesuai membolehkan pokok kelapa sawit tumbuh dengan sihat untuk menghasilkan tandan buah yang banyak. Berkenaan dengan hal ini, Pong Hua Qiang, pemilik kebun kecil dapat membuktikannya.

 

Formula tepat digunakan mengikut keadaan pokok

Pong kini memiliki beberapa ladang sawit dengan keluasan sebanyak 40 ekar. Salah satunya adalah ladang seluas 10 ekar yang terletak di Bahau, Seremban yang mempunyai 600 tanaman pokok palma berumur antara 4 hingga 6 tahun. Hasil daripada amalan pengurusan baja yang sesuai, setiap pokok menghasilkan jumlah tandan buah dengan purata 16 hingga 17 tan.

Di bawah bimbingan seorang pakar, beliau menggunakan baja yang berlainan pada setiap fasa keadaan pokok. Beliau memilih untuk menggunakan siri baja Eropah berkualiti tinggi yang diimport seperti yang diedarkan oleh AgroBridge (Malaysia) Sdn Bhd. Dia menjelaskan bahawa kelapa sawit memerlukan pembajaan setiap 3 bulan dan beliau secara berurutan menggunakan formula Uneka-B12-11-18-3MgO + TE yang mempunyai kandungan boron dan magnesium yang tinggi untuk meningkatkan proses berbuah dan berbunga, serta formula kalium tinggi 5-9-32-2 + 7S + 9CaO + TE untuk penghasilan buah yang lebih banyak. Tambahan lagi, setelah pemindahan tanaman muda, beliau akan menggunakan 15-15-6-4 + TE untuk meningkatkan pertumbuhan akar. Ini akan membolehkan pokok kelapa sawit mencapai saiz optimum bagi menahan berat tandan buah dan menghasilkan hasil tanaman yang banyak.

Beliau menjelaskan bahawa dia akan mengulangi proses pembajaan di atas setelah tempoh penuaian, menetapkan kuantiti baja pada kadar 2kg setiap pokok. Selain itu, beliau juga akan menggunakan AgroBridge Complexsupra TE dua kali setahun pada 200g setiap satu. Pada waktu yang sama, beliau juga akan menggunakan baja organik 2 hingga 3 kali setahun bagi memelihara keadaan tanah optimum untuk penyerapan nutrien yang optimum oleh pokok sawit.

 

Bebas dari reput pangkal batang

Sejak menggunakan kaedah pembajaan di atas, Pong memerhatikan bahawa pokok-pokok tumbuh dengan sihat dan mengeluarkan hasil tanaman yang tinggi. Berikutan itu, beliau bersetuju bahawa pokok kelapa sawit yang sihat mempunyai daya tahan tinggi terhadap perosak serta penyakit dan dengan tiada penggunaan baja tahi ayam, pokok sawit bebas dari gejala busuk pangkal batang.

Berkenaan dengan perosak pula, beliau menyatakan bahawa tanaman muda kebiasaannya diserang oleh kumbang badak. Walau bagaimanapun, masalah ini tidak berlaku selepas tanaman menjadi matang. Kebun beliau juga tidak mempunyai masalah berkaitan ulat kelongsong. Hasil dari amalan pengurusan baja yang sesuai, penggunaan racun herba berjadual dan pembersihan rumpai untuk menjaga kebun dengan betul, kebun beliau mempunyai masalah perosak dan penyakit yang minimum.

Aw Da Ming, eksekutif perniagaan teknikal AgroBridge dan pengedar produk serantau, Xiao Li Qiang, mengunjungi kebun Pong bulan lalu untuk menilai hasil baja AgroBridge dan bertukar maklumat mengenai proses pembajaan. Pong menjelaskan bahawa beliau mengambil masa kurang dari 3 tahun dari penanaman anak benih hingga penuaian buah sawit dan terkini, penuaian dilakukan dengan kekerapan 2 minggu sekali. Beliau menyatakan kepuasannya terhadap pengeluaran hasil tanaman yang tinggi melalui kaedah pembajaan yang sesuai.

CATATAN TERKINI

PERLUKAN NASIHAT PROFESIONAL?

Hubungi kami, kami bersedia untuk memberikan anda penyelesaian pertanian yang mudah dan berkesan.